Isnin, 22 September 2008

PEGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN.

Definisi Pengajaran Pemulihan

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidikan Barat dan tempatan mengenai takrifan pengajaran pemulihan sehingga kini sebahagian besar daripada negara-negara yang mengamalkan pengajaran pemulihan mempunyai definisi dan dasar yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. Oleh sebab tidak adanya satu istilah yang sejagat dan sesuai bagi semua negara, satu cadangan pernah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar pihak UNESCO dengan kerjasama negara-negara yang berkenaan mengadakan satu istilah yang asas bagi kanak-kanak lambat yang pelbagai kategori ini.

Kini pelbagai definisi yang berbeza tentang pengajaran pemulihan diberikan, walaupun liputan dan asas definisi-definisi itu memperlihatkan banyak persamaan antara satu dengan lain. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966) iaitu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematis dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Definisi ini hampir sama dengan definisi yang diberikan oleh Albewhite (1977) yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau
menegaskan bahawa:
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.

Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca, menulis dan mengira. mi disimpulkan oleh Collins sebagai:
Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic
school subjects of reading, spelling and number.

Kaedah pengajaran ini istimewa bagi murid-murid tertentu sahaja. Definisi ini selari dengan pendapat Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pemelajaran dikalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga mengatakan
pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pemelajaran dalam kelas khas disekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus
oleh guru pemulihan.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau:
Remedial education is regarded as the kind of education required to
meet needs which are the result of learning disabilities, that is,
learning failure which cannot be explained by any reference to
inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.

Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance of educational system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selain definisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli pendidik tempatan mengikut kepenluan tempatan.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah:
a process in which children with learning problems are given
practical alternatives and effective approaches (programme) in education.




Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR
Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.

Akhir sekali Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain.